Home » » TITIK BEKAM SUNNAH

TITIK BEKAM SUNNAH

Written By RUMAH SEHAT IBNU MALKAN melayani terapi lebah, lintah, gurah, ruqyah, bekam hijamah, bio listrik, akupunktur, akupresure, diagnosa, pelatihan online on Selasa, 09 Juni 2020 | 08.23

*TITIK BEKAM SUNNAH*

Rasulullah Salallahu'alaihiwasallam berbekam pada titik-titik tertentu mengikut keperluan (sakit). 
Titik bekam Nabi Salallahu'alaihiwasallam adalah sebagai berikut. 

*UMMU MUGHITS*
Terletak di bahagian ubun-ubun kepala iaitu daripada bahagian rambut depan ke belakang kepala. Titik ini di sebut juga sebagai pertemuan 100 penyakit dan ibu dari penyakit (Ummu Mughits).
Dari Ibnu Umar Radiyallahuanha - Rasulullah Salallahu'alaihiwasallam pernah di bekam pada bahagian depan kepala yang di sebut Ummu Mughits.
Hadis riwayat Thobroni dalam Al-Ausath. Titik ini di gunakan untuk merawat penyakit Struk, Kejang, Sawan (Epilepsi), Vertigo, Tinitus (Telinga Berdengung) dan Sinus (Resdung).

*YAFUKH*
Terletak di tengah kepala di antara ubun-ubun dan tulang dahi. Titik ini di gunakan untuk merawat penyakit Sawan (Epilepsi), Pening Kepala, Sinus (Resdung) dan kurang penglihatan.

*QOMAHDUAH*
Terletak di bahagian belakang benjolan kepala. Rasulullah Salallahu'alaihiwasallam sering berbekam menggunakan titik ini sebagaimana sabdanya yang bermaksud. "Hendaklah kamu berbekam di tengah Qomahduah, kerana dapat menyembuhkan 72 penyakit".
Di riwayat oleh Thobroni dalam Al-Kabir. Dalam hadis inilah yang. "Hendaklah kamu berbekam pada tengah-tengah Qomahduah kerana dapat menyembuhkan 5 penyakit".

*HAMMAH*
Terletak di bahagian atas dahi yang mana berfungsi untuk merawat penyakit Vertigo, Pening Kepala, Resdung, Sawan (Epilepsi) dan Kabur Penglihatan.

*UDZUN*
Terletak di belakang telinga (kiri dan kanan) dan berfungsi untuk merawat Penyakit Telinga berdengung (Tinitus), Sukar Bertutur, Kurang Pendengaran, Lumpuh Otot bahagian Muka dan Bengkak bahagian Muka.

*NAQROH*
Terletak di bahagian Kanan dan Kiri Leher pada aras Tulang Leher ke 7 (C7). Ia berfungsi untuk merawat penyakit Vertigo, Pertuturan, Gangguan Emosi, Sakit Kepala dan Darah Tinggi.

*AKHDA'AIN*
Terletak di bahagian leher setentang dengan Tulang Rahang. Ianya berfungsi untuk merawat penyakit berkaitan dengan Telinga, Vertigo, Kelenjar Liur, Rahang, Sakit Gigi dan sakit bahagian Leher.

"KAHIL*
Terletak di bahagian benjolan Tulang Leher ke 7 (C7) yang berfungsi untuk merawat penyakit Jangkitan Selaput Otak (Meningitis) Semput (Asma), Batuk, Sawan (Epilepsi) dan Sakit Sendi.

Dari Anas Radiyallahuanha ia berkata -" Sesungguhnya Rasulullah Salallahu'alaihiwasallam di bekam pada Akhda'ain dan Kahil".

Di riwayatkan oleh Ahmad dalam musnadnya,  Abu Dawud, Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban dan Baihaqi. Dalam hadis lain, di sebutkan bahawa Rasulullah Salallahu'alaihiwasallam pernah di bekam tiga kali, sekali pada Kahilnya dan dua kali pada Akhda'ainnya. Di riwayatkan oleh Ahmad, Abu Dawud dan Tirmizi.

*DZUQNU*
Terletak di Dagu yang berfungsi untuk merawat penyakit yang berkaitan dengan Kelemahan Otot Wajah, Bengkak Gusi, Bengkak Mata dan Sakit Gigi.

*MUNKID*
Terletak antara Kepala Bahu dan Leher yang berfungsi untuk pengubatan yang berkaitan dengan Sakit Bahu, Sendi Bahu dan Sakit Lengan.

*TSADYU*
Terletak di bawah Payu Dara yang berfungsi untuk pengubatan berkaitan Batuk, Sakit Dada, Sukar Bernafas, Jangkitan Payu Dara dan Semput (Asma).

*QITHON*
Terletak di bahagian Punggung antara Tulang Lumbar ke 4 dan Tulang Sacral pertama (L4, S1) yang berfungsi untuk merawat masaalah berkaitan dengan gangguan kitaran Haid, Keputihan, Jangkitan Pundi Kencing dan Mati Pucuk.

*MAQIDAH*
Terletak di bahagian Tulang Punggung (kanan dan kiri) yang berfungsi untuk merawat Sciatica, gangguan kitaran Haid, Lumbago, Sembelit dan Buasir.

*FAKHD*
Terletak di bahagian depan dan belakang Peha yang berfungsi untuk merawat masaalah sakit ketika membuang Air Kecil, gangguan kitaran Haid dan Kekejangan Ginjal.

*RUKBAH*
Terletak di bahagian kanan dan kiri atau atas Lutut yang berfungsi untuk Sakit Pinggang, Sakit Sendi Lutut, Jangkitan Pundi Kencing, Senggugut dan gangguan kitaran Haid.

*SAAQ*
Terletak di bahagian dalam Pergelangan Betis yang berfungsi untuk merawat penyakit gangguan Penghadaman, Masaalah Perut, gangguan kitaran Haid, Senggugut dan Keputihan.

*IITIWA'*
Terletak di bahagian bawah Buku Lali yang berfungsi untuk merawat masaalah Pernafasan, Sukar Tidur (insomnia), Sembelit Senggugut.

*ZHOHRUL QODAM*
Terletak di tengah-tengah bahagian atas Kaki yang berfungsi untuk merawat masaalah Muntah, sakit berkaitan dengan Perut, sakit bahagian Leher dan Kabur Penglihatan.
Share this article :

0 komentar:

Posting Komentar

Trima kasih atas komentarnya. Informasi whatshaat 085746950549

Whatsapp

facebook

twitter

Diberdayakan oleh Blogger.
 
Support : Your Link | Your Link | Your Link
Copyright © 2016. RUMAH SEHAT IBNUMALKAN/LEBAH/LINTAH/AKUPUNTUR/AKUPRESUR/BEKAM/GURAH/RUQYAH/DIAGNOSA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger